Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Anggota Syura Tertinggi Majma' Jahani Ahlul Bait dalam khutbah Jumaat berkata, "Kita tahu kerajaan Bahrain telah membubarkan Majlis Syura Ulama Bahrain. Majlis ini bangkit berasaskan kehendak rakyat dan perlembagaan syura ini menyatakan bahawa ianya akan mempertahankan identiti Islam. Oleh itu seolah-olah kerajaan Bahrain mempunyai masalah dengan Allah, Islam murni Muhammadi."
Mengenai pemerintah Bahrain, Ayatullah Khatami berkata, "Al Khalifah tahu 35 tahun dulu pemerintah negara ini adalah raja yang menjalankan pemerintahan seperti mereka. Oleh itu semua diktator hendaklah mengambil teladan dari penggulingan keturunan Pahlavi dan Shah supaya kezaliman ini dapat diteruskan."
Khatib ini turut menyentuh tentang kenyataan Amerika terhadap Iran, "Minggu lalu, dua pegawai Amerika memberikan ucapan dengan nada biadab dan angkuh tentang Iran, dan ucapan ini penuh dengan pembohongan, ancaman dan gertakan."
Berasaskan ucapan tahunan Obama yang mengungkit tentang persenjataan Nuklear yang sedang dibahaskan dalam rundingan Geneva, Ayatullah Khatami mengulas, "Betapa rancaknya mereka dengan pembohongan ini sedangkan pemimpin tertinggi kita sentiasa berkata bahawa kita tidak mengejar bom nuklear. Sehingga beliau mengeluarkan fatwa mengenainya, namun mereka berkata Iran berbahaya terhadap seluruh insan. Kita pun menonjol di seluruh dunia gara-gara perkara tersebut."
Beliau berkata kepada para pegawai Amerika, "Sekiranya mereka ingin menunjukkan sesuatu yang bahaya untuk masyarakat dunia, maka kerajaan Amerika ini dan rejim Zionis sebenarnya yang sedang mencipta bahaya untuk masyarakat manusia. Bu Ali Sina pernah berkata "Aku takut pada lembu kerana ia mempunyai tanduk, tapi tidak mempunyai akal."
"Kamu, bangsa Amerika telah menggugurkan dua bom atom di Hiroshima and Nagasaki setelah perang berakhir, iaitu setelah Hitler membunuh diri, Mussolini terbunuh dan kerajaan Jepun sedang berunding dengan Amerika. Ratusan orang terbunuh dalam satu tempoh, dalam wawancara kamu berkata, pertama kami ingin menguji bom, kedua kami ingin memberitahu bahawa Amerika gagah perkasa. Kematian untuk kamu!.
Mengenai ugutan Amerika Syarikat yang ingin mengambil tindakan ketenteraan terhadap Iran beberapa minggu lalu melalui mulut beberapa pegawainya, Khatami berkata, "Obama sentiasa mengulangi kata-kata usang ini "Semua pilihan ada di atas meja". Namun adalah lebih baik mereka mengetahui bahawa bangsa mereka mempunyai semua pilihan di atas meja untuk mempertahankan apa jua sebagaimana dalam peperangan lapan tahun (dengan Saddam), sekiranya mereka inginkan kegilaan, kita akan masukkan mereka ke dalam hari-hari kegelapan."
"Obama berkata, Iran yang membela organisasi-organisasi seperti Hizbullah telah mengancam kami, kami yakin, tanpa kepercayaan kami terhadap negara-negara seperti ini akan menyebabkan kekuatannya berkekalan. Obama hendaklah mengetahui bahawa Hizbullah bukanlah sebuah organisasi pengganas, bahkan sebuah petubuhan mulia yang dibela tanah airnya sendiri. Sedangkan Lubnan adalah rumah mereka.
"Kami juga tahu bahawa kamu, orang Amerika adalah talibarut rejim pengganas Zionis. Sekiranya rejim ini mendapatkan kekuasaannya, Islam dan umatnya akan menjadi sasaran. Kerana itu tidak ada, bahkan tidak akan ada sedikitpun kepercayaan kami terhadap kamu dan sekutu kamu." Tutur beliau.
Mengenai persidangan Geneva 2 tentang isu Syria yang tidak menjemput Iran, beliau berkata, "Persidangan Geneva 2, telah sampai ke penghujung dengan muka-muka kepura-puraan politik dan kecundangannya, setelah 9 hari ianya mengakui persidangan ini telah kecundang."
Khatami menegaskan bahawa penyokong persidangan Syria terdiri daripada golongan Takfiri yang membunuh insan tidak berdosa dan berkata, "Kumpulan-kumpulan kecil Takfiri -pembunuh ini, tidak hanya berbahaya kepada rakyat Syria, bahkan juga kepada seluruh manusia. Saudara-saudara, setelah persidangan Geneva 2, mereka mengabarkan pengiriman sejata dan kelengkapan Amerika sekali lagi kepada kelompok pengganas Syria, oleh itu masyarakat antarabangsa dan pejuang perdamaian palsu perlu memberikan jawapan. Keganasan ini bergerak aktif atas nama kedamaian, ini juga dikategorikan sebagai bahaya yang serius untuk masyarakat yang merujuk kepada produk Arab terutamanya Arab Saudi dan Tel Aviv yang aktif menjalankan kegiatan pengganas di Iraq, Lubnan, Syria sehinggalah ke Russia."
Ayatullah Khatami menegaskan, isu Syria bukanlah masalah yang rumit, beliau berkata kepada orang asing yang masuk campur dalam urusan Syria, "Syria tidak perlu persidangan mahupun rundingan, sekiranya kamu tidak membekalkan senjata kepada para pengganas, rakyat Syria sendiri akan pergi membuang undi dan menentukan nasib mereka sendiri, sebahagiannya hanya mencari permainan dan periuk nasi dalam isu-isu ini."
Menyentuh tentang situasi di Mesir, beliau berkata, "Hakikatnya, Mesir ingin menjadi negara rejim dan mereka inginkan zaman kegelapan 30 tahun Mesir yang tidak 'Mubarak' kembali sekali lagi, Mesir sebelum ini menjadi kehidupan aman bagi regim Zionis."
Mengenai sikap Iran yang tidak menyokong kerajaan Mesir sebelum ini, beliau menjelaskan, "Di zaman pemerintahan non- 'Mubarak" (tidak berkat), terdapat Iranfobia, Syiahfobia dan kepercayaan terhadap Amerika, namun kita juga tidak mempunyai tempat untuk menghadapi prosedur negara ini. Oleh itu kita juga mengecam pembunuhan dan penangkapan (di Mesir)."